Tuesday 24 June 2014

Senarai Alumni

Senarai Alumni

Akademi dan Pencapaian

Akademi

Pakaian seragam lengkap harian pelajar Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abdin Ladang adalah kemeja putih, seluar panjang putih, kasut hitam, talipinggang hitam dan songkok hitam. Pelajar diwajibkan memakai tali leher dengan logo sekolah berwarna hijau.

Pencapaian


Pengembangan Kolej Agama Sultan Zainal Abidin

Pengembangan Kolej Agama Sultan Zainal Abidin

Pada 22 Oktober 1980, kerajaan Negeri Terengganu meluluskan Enakmen Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Enakmen Bil. 3 1981) bagi penubuhan sebuah kolej Universiti. Kumpulan pertama mahasiswa KUSZA memulakan pengajian dan ditempatkan di Sekolah Menengah Agama (ATAS) Sultan Zainal Abidin di Batu Buruk, Kuala Terengganu. Kolej itu dinamakan sebagai Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin atau KUSZA.
KUSZA kemudiannya ditempatkan di Jalan Hiliran Kuala Terengganu pada tahun 1981 sebelum berpindah ke kampus tetap di Gong Badak, Kuala Terengganu pada akhir Disember 1982. Kampus KUSZA seluas 144 hektar telah diletakkan batu asasnya oleh Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah pada 17 Mac 1981. Pustakawan pertama mula berkhidmat pada bulan Oktober 1982.

Pada 2006, KUSZA telah dinaiktarafkan sebagai Universiti penuh. Untuk waktu yang singkat, ia dinamakan semula sebagai Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) namun, ditukar kembali kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 2010.

Pemisahan menengah atas

Pemisahan menengah atas

Pada tahun 1958 berlaku perubahan dasar pelajaran sekolah, iaitu dibahagikan kepada dua:-
  • Bahagian Ibtidai (rendah) – pengajian selama 5 tahun
  • Bahagian Thanawi (menengah) – pengajian selama 4 tahun
Pelajar yang menamatkan darjah 6 sekolah kebangsaan akan dimasukkan ke pengajian Ibtidai selama 5 tahun, setelah lulus akan dianugerahkan Sijil Ibtidai dan ini membolehkan mereka me nyambung pelajaran ke peringkat Thanawi selama 4 tahun lagi untuk memperoleh Sijil Thanawi (Sijil Thanawi ini diakui setaraf dengan Sijil Thanawi Azhar, dan pemegangnya boleh menyambung pengajian ke tahun pertama di Universiti Azhar, Mesir)
Pada tahun 1958 ini juga berlaku pemindahan peringkat pembelajaran di mana bahagian Ibtidai kekal di Kampung Ladang manakala bahagian Thanawi dipindahkan ke sebuah bangunan lama di atas sekeping tanah seluas 8 ekar di Kampung Batu Burok iaitu bekas rumah Allahyarham Datuk Sri Amar Di raja, bekas Menteri Besar Terengganu yang sebelum itu dijadikan Rumah Persinggahan.

Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk atau ringkasnya adalah SMAASZA pada hari ini.

Pengasas/Tokoh Penubuhan

Pengasas/Tokoh Penubuhan

Sekolah ini ditubuhkan pada 1925, hasil kesedaran orang ramai dan respon terhadap sekolah aliran Inggeris, Sultan Sulaiman English School yang ditubuhkan pada 1920. Penubuhan sekolah ini adalah di atas inisiatif beberapa orang tokoh/pegawai tinggi Melayu (pendidikan agama) seperti Datuk Sri Amar Di Raja, Menteri Besar ketika itu, Datuk Bentara Luar, Ketua Pegawai Pelajaran, Datuk Andika Di Raja dan lain-lain ahli agama ketika itu.
Pada peringkat awal, kelas diadakan menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga 1925, kemudian menumpang pula di Sekolah Melayu Bukit Jambol bermula tahun 1932. Manakala pelajaran bahasa Inggeris diadakan di dalam satu bilik di Istana Maziah, bermula 1923.
Satu inisiatif pembinaan bangunan tetap dimulakan oleh golongan berpendidikan agama, dan peletakan batu asas sekolah dilakukan oleh Baginda Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada pagi ahad 13 November 1932 dalam satu istiadat bersejarah. Pembinaan bangunan adalah hasil derma khairat orang ramai.

Perasmian sekolah ini secara rasminya pada 4.00 petang khamis 30 Ogos 1934, oleh baginda Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Sekolah ini secra rasmi menggunakan nama ‘Madrasah Sultan Zainal Abidin Al-Arabiah,' sempena nama ayahanda baginda Al Marhum Sultan Zainal Abidin III yang menjadi ikon penddidikan.

Sejarah SMASZAL

Sejarah

Tarikh Penubuhan

1925 - Menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga, kemudian berpindah dan menumpang pula di Sekolah Melayu Bukit Jambol
1932 - Bangunan baru sekolah didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu
1933 - Perasmian bagunan sekolah yang baru
1943 - Bangunan tambahan dibina / pembesaran sekolah
1958 - Penubuhan SMAASZA Batu Burok (pengasingan peringkat persekolahan)

Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang

220x260 smaszal logo.jpg
Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin
MotoAl-Ilm An-Nur (Ilmu Cahaya)
Ditubuhkan13 November 1932
Dirasmikan30 Ogos 1934
JenisSekolah Menengah Agama (SABK)
Kod sekolahTFT3003
Lokasi Malaysia Ladang, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, Malaysia.
Telefon6096221618
Faks6096313069



Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang, akronim SMASZAL, merupakan sebuah sekolah agama (SABK) yang terletak di kampung Ladang Sekolah, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu,Malaysia. Pada 2009, sekolah ini memiliki 484 pelajar lelaki dan tiada pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 484 orang. Ia mempunyai seramai 55 orang guru.
Sekolah ini menggunakan pengantar bahasa Melayu dan bahasa Arab.