SMKA Tok Jiring

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring
MotoIlmu Itu Cahaya
Ditubuhkan1953
Dirasmikan1 Julai 1977 (36 tahun)
JenisSekolah Menengah Kebangsaan Agama
PengetuaPuan Hajah Engku Mariah binti Syed Ahmad Al-Idrus
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikEncik Zakaria bin Ali
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Abu Bakar bin RA Mohd Abdullah
Penolong Kanan KokurikulumEncik W. Zulkefli bin Wan Mohamad
Kod sekolahTRA3001
LokasiKampung Tok JiringKuala TerengganuTerengganu Darul Iman Malaysia
Telefon6096670130
Faks6096670131

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring atau nama ringkasnyaSMKA Tok Jiring, merupakan sebuah Sekolah Menengah Agama yang terletak di Kampung Tok Jiring, Kuala TerengganuMalaysia.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring memiliki 448 pelajar lelaki dan 826 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1274 orang. Ia mempunyai seramai 99 orang guru.2009

Sejarah

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring dibuka pada tahun 1953 dalam bentuk pengajian pondok dengan jumlah pelajarnya 180 orang.
Pada tahun 1965, sekolah ini telah diletakkan di bawah Pentadbiran Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu manakala sistem pengajian pondok telah ditukar kepada sistem pengajian agama dan arab.
Tanggal 1 Julai 1977 menjadi tarikh keramat apabila sekolah ini diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 1982, sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah gred A.
Dalam sejarahnya selama kira-kira setengah abad, sekolah ini berkembang maju menjadi sebuah institusi pendidikan terkemuka di Terengganu setanding dengan sekolah-sekolah ternama di tanah air.

Pengasas

Lahir di Kampung Bukit Puteri, Kuala Besut hampir seabad yang lalu. Lebih mesra dengan panggilan To’ Guru Haji Abbas kerana kealiman yang diakui umum khususnya dalam bidang ilmu feqah yang merangkumi 4 mazhab iaitu Shafie, Maliki, Hanafi dan Hambali menerusi gerakan pendidikan pondok.
Mendapat pendidikan awal di Pondok Haji Mohd bin Haji Hussein, Kuala Besut. Kemudian ketika berusia 14 tahun beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Mekah selama 8 tahun. Dari Mekah beliau ke India menyambung pengajian di Universiti Al-Jamiah Al-Islamiah, Gujerat ketika berusia 22 tahun. Setelah pulang ke tanah air, 4 tahun kemudian beliau datang kembali ke Benua Kecil Hindi meneruskan pengajiannya di Universiti Darul Ulum Dioband selama 1 tahun pada tahun 1938.
Berpegang kepada prinsip hidup mesti beramal, berbakti dan berkorban demi mencapai keredhaan Allah. Ilmu wajib diperkembangkan demi kesejahteraan umat seluruhnya telah membuktikan prinsip itu dengan mengasaskan sebuah pondok di kampung kelahirannya yang diberi nama Jamiah Diniah. Bersama beberapa orang Ulama’ yang lain beliau membuka sebuah pondok lain di Kampung Raja, Besut iaitu Madrasah Nurul Ittifaq, selepas itu di Kuala Besut beliau mengasaskan Darul Adib Al-Khursani.
Gerakan pendidikan dan dakwah tokoh ini tidak terhad di kawasan Besut sahaja, malah melewati sepadan Bukit Yong di Negeri Kelantan Darul Naim dengan membuka beberapa buah pondok mulai tahun 1945. Seterusnya dari Kelantan beliau berhijrah ke Kuala Terengganu mengasaskan pondok Tok Jiring yang terkenal itu pada tahun 1953 sehingga berkembang menjadi sebuah Sekolah Menengah Agama sehingga kerajaan negeri mengambil alih pentadbirannya pada 1962 dan pada tahun 1976 Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil alih pentadbirannya dan dinaikkan taraf sebagai sebuah sekolah menengah agama yang termoden di Terengganu.
Keistimewaan Tuan Guru Haji Abbas juga terserlah melalui beberapa hasil karya ilmiah dalam bidang keagamaan. Atas segala bakti itu Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman telah mengistiharkannya sebagai Tokoh Ulama’ dalam Majlis Sambutan Ma’al Hijrah tahun 1409. Pada 17 April 1989 DYMM Tuanku Al Sultan telah berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran Negeri Terengganu, (DPMT) kepadanya yang membawa gelaran Dato’ kepadanya.
Lanjutan daripada itu beliau dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Terengganu tahun 1990. Pada 16 Mei 1991, beliau sekali dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Peringkat Nasional.
Begitu juga dengan keterlibatan beliau dalam politik yang pernah dilantik sebagai senator selama 6 tahun oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu pada awal tahun 60an.
Beliau mempunyai 15 orang anak. Salah seorang daripadanya meneruskan pendidikan pondok ialah Encik Abdul Aziz bin Haji Abbas. Pada 1 Julai 1997 beliau telah kembali ke rahmatullah. Selain itu, salah seorang anak perempuan beliau, Siti Rahmah yang juga melalui proses pembelajaran dengan Tok Guru, masih lagi aktif menyambung aktiviti penyebaran ilmu dengan mengadakan pengajaran dari surau ke surau.
Salah seorang lagi pelajar tok guru Haji Abbas yang masih lagi aktif meneruskan segala perjuangan tok guru ialah Haji Lambak bin Ibrahim,yang juga merupakan menantu kepada Tok guru . Beliau telah menuntut ilmu dengan tok guru sejak remaja dan telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Douband. Sekembali ke Malaysia beliau meneruskan pembelajaran dengan Tok guru sehingga Tok guru menghembuskan nafas terakhir. Hingga kini, beliau masih lagi aktif menghidupkan surau yang di bina oleh Tok guru Sendiri,iaitu Surau Haji Abas di Tok jiring dengan mengadakan kuliah tetap hampir setiap hari. Contohnya, kuliah subuh dan pengajian kitab.

Visi Sekolah

  • Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.

Piagam SMKA Tok Jiring

  • Sentiasa berusaha mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar kami.
  • Memastikan semua pelajar sekolah ini mendapat peluang belajar yang optimum.
  • Kerjasama yang erat di kalangan ahli masyarakat dalam dan luar sekolah.
  • Amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
  • Tahap yang cemerlang menjadi motto dan konsep kami.
  • Organisasi yang peka, prihatin dan penyayang.
  • Kesihatan fizikal dan mental masyarakat sekolah.
  • Jasa bakti yang berterusan dan berpanjangan.
  • Imaginatif, inovatif, kreatif, proaktif dan produktif.
  • Ramah mesra dan tatasusila.
  • Iklim perkhidmatan dan persekitaran sekolah yang bersih dan harmoni.
  • Norma dan nilai-nilai mulia diamalkan.
  • Generasi yang berilmu, beriman, beramal soleh dan bertaqwa dilahirkan.

Pandangan Satelit Sekolah

Organisasi 2012

  • Pengetua : Puan Hajah Engku Mariah binti Syed Ahmad Al-Idrus
  • Penolong Kanan 1: Encik Zakaria bin Ali
  • Penolong Kanan Hal Ehwal Murid: Encik Abu Bakar RA Abdullah
  • Penolong Kanan Kokurikulum: Encik W. Zulkefli bin Wan Mohamad

Ketua-Ketua Bidang:
  • Ketua Bidang Sains & Matematik: Encik Ismail bin Abdullah
  • Ketua Bidang Bahasa: Puan Raina bin Ahmad
  • Ketua Bidang Teknik & Vokasional: YM. Tg. Rogayah binti Tg. Sembok
  • Ketua Bidang PAI: Puan Akma binti Mohd
  • Ketua Bidang Kemanusiaan : Cik Salmi binti Harun

Bekas Pengetua

  • Tuan Guru Haji Abbas bin Mohammed (Pengasas) (1953-1958)
  • Ustaz Abdullah bin Taib (1958-1960)
  • Ustaz Abdul Rahman bin Taib (1960-1965)
  • Tuan Haji Rahman bin Haji Awang (1965-1974)
  • Tuan Haji Lub Yussof bin Abdul Rahman (1974-1978)
  • Ustaz Wan Mustaffa bin Wan Abdul Latif (1978-1983)
  • Tuan Haji Muhammad Sahapien bin Haji Mat Zin (1983-1986)
  • Tuan Haji Wan Ismail bin Wan Ngah (1986-1989)
  • Tuan Haji Nawawi bin Haji Salleh (1989-1999)
  • Puan Hajjah Hindong binti Ali (1999-2006)
  • Puan Hajjah Zakiah binti Salleh (2006-2010)
  • Puan Hajjah Engku Mariah binti Syed Ahmad Al-Idrus (2010-sekarang)

Alamat

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring
Kampung Tok Jiring , Kuala Terengganu , Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096670130
Faks = 6096670131

Rujukan

  • Majalah Annur

1 comment: