Tuesday 24 June 2014

Pengembangan Kolej Agama Sultan Zainal Abidin

Pengembangan Kolej Agama Sultan Zainal Abidin

Pada 22 Oktober 1980, kerajaan Negeri Terengganu meluluskan Enakmen Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Enakmen Bil. 3 1981) bagi penubuhan sebuah kolej Universiti. Kumpulan pertama mahasiswa KUSZA memulakan pengajian dan ditempatkan di Sekolah Menengah Agama (ATAS) Sultan Zainal Abidin di Batu Buruk, Kuala Terengganu. Kolej itu dinamakan sebagai Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin atau KUSZA.
KUSZA kemudiannya ditempatkan di Jalan Hiliran Kuala Terengganu pada tahun 1981 sebelum berpindah ke kampus tetap di Gong Badak, Kuala Terengganu pada akhir Disember 1982. Kampus KUSZA seluas 144 hektar telah diletakkan batu asasnya oleh Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah pada 17 Mac 1981. Pustakawan pertama mula berkhidmat pada bulan Oktober 1982.

Pada 2006, KUSZA telah dinaiktarafkan sebagai Universiti penuh. Untuk waktu yang singkat, ia dinamakan semula sebagai Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) namun, ditukar kembali kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 2010.

No comments:

Post a Comment