SMA Maarif





Sejarah Sekolah
Sekolah Menengah Agama Maarif merupakan sebuah sekolah agama yang terawal wujud di Daerah Besut. Sekolah ini telah diasaskan oleh Tuan Guru Abas bin Haji Mohamad. Nama asalnya ialah "madrasah rokki al-arif" yang diwujudkan pada tahun 1942. Al-Maarif adalah nama yang telah diberikan oleh Tuan Haji Mohamad bin Haji Awang iaitu Pengetua yang pertama. Nama tersebut diambil sempena dengan nama Madrasah Al-Maarif di Singapura yang pernah menjadi tempat beliau menimba ilmu pengetahuan.
Sukatan pelajaran berasaskan Al-Quran dan Al-Hadis. Sistem pembelajaran tersebut pada waktu itu ialah para pelajar Sekolah Melayu mempelajari pelajaran agama pada waktu petang. Terdapat juga sebahagian pelajar yang menyambung pelajaran agama di pondok-pondok yang wujud ketika itu. Antaranya ;

1. Pondok Tuan Guru Hj Omar di Kg Raja
2. Pondok Tuan Guru Hj Wan Latif di Jerteh                                  (1939)
3. Pondok Tuan Guru Hj Abas b Mohamad di Bukit Puteri                (1936)  
4. Pondok Tuan Guru Hj muhammad b Hj Hassan di Kuala Besut     (1918)

Pada 5 November 1942, lahirlah Madrasah Al-Maarif di Palembang yang merupakan sebuah bangsal yang didirikan berhampiran dengan sungai Kampung Raja. Bangsal tersebut kepunyaan Sheikh Salim yang dihadiahkan kepada penduduk kampung yang dahagakan pelajaran agama ketika itu. Kemahiran yang diajar seperti membaca, menulis, dan mengira dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan tulisan jawi.

Pentadbiran sekolah ini berada dibawah Pejabat Agama Bahagian Zakat (Pejabat Hal Ehwal Agama Terengganu) yang ditubuhkan pada tahun 1921. Diawal pembukaan, hanya seorang sahaja guru iaitu Tuan Haji Mohammad bin Haji Awang, manakala jumlah pelajar seramai 16 orang yang kesemuanya adalah pelajar lelaki. Menjelang pada tahun 1945, sekolah ini mula menerima kehadiran pelajar perempuan. Sesi pembelajaran pelajar lelaki belajar pada waktu pagi manakala pelajar perempuan belajar pada sebelah petang. Kelengkapan pembelajaran serba kekurangan kerana pelajar terpaksa bersila dengan sebuah bangku yang panjang sebagai tempat menulis. Pada akhir tahun 1944, jumlah guru bertambah seramai tiga orang.

Pendapatan para guru pada awal penubuhannya adalah sumbangan ikhlas daripada penduduk tempatan. Kemudian pendapatan guru dibayar oleh Pejabat Agama Bahagiaan Zakat. Selepas perang dunia kedua, para pelajar dikenakan yuran RM1.00 sebulan untuk membayar gaji guru.

Pada zaman pendudukan Jepun, sistem pembelaj
aran masih diteruskan juga. Salah seorang pelajar sekolah ini pada zaman Jepun ialah Tan Sri Salleh bin Abas (bekas Ketua Hakim Negara). Pada tahun 1946, sekolah ini berpindah ke Padang Kandis iaitu berhampiran jalan raya yang menghubungkan Jerteh ke Kuala Besut dan dikenali sebagai Asrama Datuk Bentara Luar yang berdekatan dengan Pejabat Pentadbiran dan nama "madrasah rokki al-arif telah diganti dengan nama baru iaitu Sekolah Menengah Agama Maarif.

Pada tahun 1973, Sekolah Menengah Agama Maarif telah berpindah sekali lagi ke tapak yang ada sekarang. Dari bangsal kayu Sekolah Menengah Agama Maarif telah berubah pada bangunan batu berjumlah 7 bangunan. Kemudahan yang ada termasuk asrama lelaki dan perempuan, dewan sekolah, surau, makmal komputer dan kantin sekolah. Jumlah pelajar juga meningkat lebih daripada 800 orang pelajar manakala jumlah guru seramai 60 orang. Mulai pada tahun 2008, Sekolah ini telah diserap ke dalam pentadbiran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sekolah ini terus mencapai kejayaan demi kejayaan.
Berikut ialah Senarai Pengetua yang pernah bertugas di sekolah ini.
BilNama PengetuaTempoh Berkhidmat 
1.Haji Mohamad bin Haji Awang11.1942 - 06.06.1954
2.Encik Abd Rahman bin Omar01.06.1954 - 31.12.1954
3.Encik Wan Hassan bin Wan Ahmad  01.01.1955 - 28.02.1955
4.Puan Azizah bt Haji As'ad01.03.1955 - 10.03.1956
5.Puan Azizah bt Hashim  11.03.1956 - 09.02.1958
6.Puan Sufiah bt Abbas15.02.1958 - 31.01.1961
7.Haji Ismail bin Abdullah01.02.1961 - 14.01.1962
8.Puan Zubaidah bt Haji Mohd Ali15.01.1962 - 06.06.1963
9.Haji Salleh bin Ismail09.06.1963 - 01.01.1964
10.Haji Abd Rahman bin Haji Ibrahim14.01.1964 - 04.01.1975
11.Haji Wan Yusof bin Haji Wan Nik06.01.1975 - 31.12.1981
12.Haji Muhamad bin Mohd Zin02.01.1982 - 15.11.1986
13.Haji Sulaiman bin Ali15.11.1986 - 30.12.1989
14.Haji Nik Wan bin Nik Hassan01.01.1990 - 24.01.1991
15.Haji Muhamad bin Mohd Zin15.07.1991 - 31.01.1996
16.Haji Wan Yusof bin Haji Wan Nik02.05.1996 - 28.02.1997
17.Encik Hashim bin Embong09.03.1997 - 15.03.2001
18.Haji Deres bin Deraman15.03.2001 - 20.02.2005
19.Haji Abdullah Fadzil bin Haji Ismail07.03.2005 - Sekarang

No comments:

Post a Comment