SMKA Sheikh Abdul Malek

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek
MotoIqra', Usjud, Iqtarib
Ditubuhkan1984
JenisSekolah Menengah Kebangsaan Agama,Sekolah kerajaan
PengetuaEncik Mohamad Bin A.Ghani
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikUstaz Hanafi bin Awang
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Rosli bin Abdul Rahman
Kod sekolahTRA3002
LokasiJln BudimanKuala Terengganu, Terengganu Darul Iman Malaysia
Nama singkatanSHAMS
Telefon609-6235155
Faks609-6264268

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek atau nama ringkasnya SMKA Sheikh Abdul Malek, merupakan sebuah Sekolah Menengah Agama yang terletak di Jalan Budiman, Kuala Terengganu,Terengganu, Malaysia.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek memiliki 541 pelajar lelaki dan 806 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1347 orang. Ia mempunyai seramai 105 orang guru.2009

Moto

Singkatan nama

  • SHAMS (Sheikh Abdul Malek School)
  • Bermaksud "matahari" dalam bahasa Arab. Kalimah ini melambangkan harapan warganya untuk melihat anak didiknya menjadi sinar yang bakal menerangi seluruh pelusuk alam dengan ilmu penuh di dada.

Sejarah

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek terletak di Jalan Budiman, Kuala Terengganu, kira-kira dua kilometer dari bandar Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar-pelajar sulungnya bermula pada 2 Januari 1984. Seramai 84 orang pelajar telah dipilih dan ditempatkan untuk sementara di Sekolah Menengah Seri Budiman, Kuala Terengganu. Sekolah ini pada awalnya diberi nama Sekolah Menengah Agama Seri Budiman. Tanggal Februari 1986, bangunan sekolah ini telah siap dibina dan semua kakitangan dan pelajar-pelajarnya mula berpindah ke bangunan tetapnya yang ada sekarang.
Nama Sekolah Menengah Agama Seri Budiman merupakan satu nama yang sangat lazim dan menjadi kekeliruan disebabkan terdapat tiga buah sekolah yang berdekatan juga diberi nama Seri Budiman maka Jabatan Pendidikan Terengganu meminta dicarikan satu nama lain yang lebih sesuai. Akhirnya, Pengetua Tuan Haji Ibrahim bin Mat @ Muhd bersama dengan seorang tokoh sejarah Negeri Terengganu Dato' Setia Jasa (Dato' Haji Mohd. Salleh bin Haji Awang) telah mencadangkan nama seorang tokoh ulama' Terengganu iaitu Sheikh Abdul Malek bin Abdullah yang terkenal dengan gelaran “Tok Ku Pulau Manis” untuk diabadikan namanya bagi sekolah ini. Cadangan ini diterima dan bermula bulan Ogos 1987 sekolah ini dengan rasminya dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek.

Pencapaian

Pencapaian untuk SMKA Sheikh Abdul Malek

Pencapaian akademik

Kejayaan SPM = 36 Calon Straight 'A'
  • SMKA Negeri - Pertama
  • SMKA Daerah - Pertama
  • Sekolah Harian Negeri - Pertama
  • Sekolah Harian Daerah - Pertama
  • Seluruh Sekolah Daerah - Ke-6
  • Seluruh Sekolah Negeri - Ke-9
Keputusan STPM 2010
  • Peratus Kelulusan : 100%.
  • Pelajar Terbaik :
  • Nur Diyana bt Merican (GPK 3.83).

Pencapaian kokurikulum

Bola sepak
  • Pertama kali beraksi pada peringkat separuh akhir dalam Pertandingan Bola Sepak MSSDKTS Kategori 18TKB tahun 2011.
  • Menjuarai Kalam Jamai'e
  • Menjuarai Pertandingan Bola Sepak MSSDKTS Kategori 18TKB tahun 2013 buat kali pertama apabila menundukkan sekolah kluster dalam sukan iaitu SMK Sultan Sulaiman dengan jaringan 2-1.

Trivia

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek memenangi tempat kedua pertandingan Speech Coir di peringkat Negeri Terengganu.

Alamat

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek
Jln Budiman, Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 609-6235155
Faks = 609-6264268

Lihat juga

No comments:

Post a Comment