SMKA Durian Guling




INFO SEKOLAH
NAMA SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA DURIAN GULING
ALAMAT: BATU 12 1/2 JALAN KUALA BERANG, 21040 MARANG, TERENGGANU
TELEFON: 09-6801668
FAX: 09-6801922
LOKASI: DAERAH MARANG
STATUS: SEKOLAH HARIAN BERASRAMA
KOD SEKOLAH: TRA 4016
BILANGAN PELAJAR: 1105
BILANGAN GURU: 93
BILANGAN STAF: 22
TARIKH PENUBUHAN:
1950 - MADRASAH MAZAHIR AL-ULUM
1969 - SM AGAMA DURIAN GULING (SEKOLAH AGAMA NEGERI)
1995 - SMKA DURIAN GULING
TAHAP PENGAJARAN: 1 HINGGA 6 ATAS
PENGETUA: TN HJ MUSTAFA B EMBONG
PENOLONG KANAN: PN HAFIZAH BT SAID
PK HEM: TN HJ AZANOL B MUDA
PK KO: EN SUZAIKI B ALI



Sejarah SMKADG

1.  SMK (A) Durian  Guling  terletak  di sebuah  perkampungan  di  KM 21,
Jalan  Kuala  Berang,  Marang, Terengganu. Jarak daripada bandar Marang adalah 18km manakala jarak daripada pekan Bukit Payong adalah sejauh 6km.
2.   Diasaskan  oleh Tuan  Guru  Haji  Shafie  bin  Haji  Sulong  pada  tahun  1954
dengan   keluasan  70  kaki  panjang X 14  kaki  lebar  dengan  pelajar seramai
9  orang. Mula dikenali sebagai Madrasah Mazahir Al-Ulum ataupun Pondok Durian Guling.
Perasmian SMKDG Pada 1969
3. Pada tahun 1968 Pondok ini telah diambil alih oleh kerajaan negeri Terengganu dan diletakkan dibawah Jabatan Hal Ehwal Agama terengganu. Ia dirasmikan pada tahun 1969 dan dikenali sebagai Sekolah Agama Durian Guling.
4.   Pada  tahun 1994  SMA Durian  Guling  telah  diletakkan  di  bawah  KementerianPendidikan (dibawah JAPIM) dan ditukar  dengan  nama  Sek. Men. Keb( A ) Durian  Guling
( SMK(A) DG.)
5. Pada awalnya SMKADG berada dalam gred B, namun selepas tahun 1995 sekolah ini telah dinaik taraf menjadi sekolah gred A.
6. Walaupun sekolah ini merupakan sekolah agama harian, namun 40% pelajarnya tinggal di asrama.
7. Sewaktu mula mengambil alih sekolah ini, hanya terdapat tingkatan 1 hingga 5 sahaja, namun pada tahun 1996 tingkatan enam mula dibuka.
8. Syarat kemasukan ke SMKADG yang terkini ialah mesti mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR.



HASRAT SMKA

OBJEKTIF SMKA


Mencapai kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum
Melahirkan murid yang mengamalkan akhlak mulia
Membentuk generasi murid sebagai pemimpin yang boleh diteladani
Melahirkan murid yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran
budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam
Menyediakan murid yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi
memenuhi keperluan negara dan ummah.

MATLAMAT SMKA

Mendidik murid dengan keperibadian Islam
Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi
Memperkembangkan potensi murid dari segi minat, kreativiti. sahsiah dan kepimpinan
Memberi peluang kepada murid untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai
bidang ilmu dalam dan luar negara.

FALSAFAH SMKA

Usaha yang terancang. terkawal dan berterusan berasaskan
panduan ilmu. iman dan amal soleh serta budaya Islam dan
suasana pembelajaran yang sempurna ke arah melahirkan murid yang
berilmu pengetahuan. berakhlak mulia, bertakwa dan bertanggungjawab
untuk mengamalkan Cara hidup Islam serta mampu memberi
sumbangan yang bermanfaat kepada agama, diri, ummah dan negara.

No comments:

Post a Comment